Sunday, July 14, 2013

Another Camp? Awesome or not?

Assalamualaikum w.b.t
So loooooooong tak update blog, dah semakin jauh , jauh dan jauh. 
too busy with asrama life. How is my new life? Alhamdulillah, jauh lebih baik dari biasa. Igop give its student a lot of way to gain a new experience. 
Dekat sana, rasa setiap hari adalah luar biasa, unexpected thing/situation happens everyday. 

And because of Igop, tahun ni punya IIR tak join, 
because tak join IIR, dapat join pergi camp jati diri,
because of that camp, dapat a huge lot lot experience 

haha yup broken eng there, well anggap tak nampak =) 

So, time to 'put' every memory about the camp to this blog. hmm , as a backup file maybe. well mana la tahu if diri ini ter-Format ke kan, haha. 
At first kena pilih whether nak pergi camp and drop IIR or sebaliknya. Memang tekad dah nak pergi IIR, then cikgu jumpa for the second time minta juga untuk pergi, and I was like 'a long mmmmmm' . Okay camp lah. 

Camp tu dekat The Lereng Adventure Camp & Resort, Ulu Chepor, a very nice campsite and resort. Nak pergi masuk tu, naik lorry angkut barang ramai ramai, first time kot naik lorry besorrrr macam tu, kau ada? haha. Sampai dekat dewan dia, cikgu suruh letak beg segala beg dalam khemah and dtg balik dewan dengan membawa towel. Towel untuk apa? first ingat untuk night walk la kot, night walk tengah hari an an an. Tapi ni lain la, kitaorang kena jalan berpandukan benang, jalan punya jalan tiba-tiba dengar budak-budak yang dekat depan teriak-teriak, i mean menjerit. and the sound of SPLASH kedengaran, yup im talking about water. Can you ever imagine masuk kolam air dengan mata ditutup, kasut sport yang semakin menyerap air-air kolam, baju memang basah la. Then, bila dibuka mata, kalau la boleh nak je jerit sekuat hati, kenapa? mmm mmm, kolam tu dibahagi dua buka je mata nampak budak lelaki di depan, jarak yang jauh of course but but, in that situation it is really something... you wish you are not there. 

Then, that night macam macam aktiviti from Bingo to pertukaran kasut sport la, macam macam la malam tu. Wondering apa tu pertukaran kasut sport? Okay gini ceritanya, ala macam main music chair. kasut kanan ditinggalkan pastu pusing la satu round sampai la music stop and berhenti dekat one of the boys' shoe. Yey, big shoe because mostly budak lelaki punya kaki kan besar ==' . How about my right sport shoe? dekat lelaki and takyah cakap la, hampir mengalami kerosakan, hahaha. Kena la pakai kasut berlainan, kasut yang basah, kasut orang lain sampai la aktiviti dekat dewan habis.

Malam sikit, we have NIGHT WALK. this is the best part ever. At first nak sampai dekat tempat nak mula kitaorang kena redah sikit sikit la kot, redah hutan. redah hutan malam malam weehh, best haha. Night walk ni kitaorang kena jalan sorang-sorang dalam gelap ikut laluan pejalan kaki (dalam hutan ni, agak la macam hutan) bila dah sampai pertengahan kita orang akan lalu sebelah kubur, and dah sampai situ kena cari satu kubur yang ada lilin and tengok apa yang ada dekat situ, kiranya macam 'mission' la juga ni. Dalam tengah tunggu turn, ada lagi yang sempat tidur, abang kakak fasi. cerita pasal motosikal yang akan lalu situ la, apa la. Dah sampai my turn, tiba-tiba ada seorang kakak fasi ni out of nowhere dtg and ckp ada budak pengsan. ishh aku la. Kuat kan semangat teruskan, jalan la sorang-sorang,  dalam tak sampai 5 minute jalan ada bau kemenyan, memang tak fikir apa 'cause i know mmg kemenyan tu sengaja dibakarkan. teruskan jalan sampai nampak kubur, agak lega nampak kubur sebab jalan dah lama, tapi tak nampak apa-apa , just afraid kot kot sesat ke kan. first ingat nak jalan ikut kubur tu masuk susur-susur( betul ke ayat bm aku ni?,haha) tapi risau pulak kalau terlangkah kubur orang. jalan la straight baru belok, kubur tu betul depan satu pokok besar and sebuah bangsal, pergi dekat tengok apa yang ada dlm basket tu, nampak segala jenis buah dan sayur (permainan masak-masak yg budak main tu). nak pegang takut, sentuh dengan hujung jari, haha. tengah dok belek belek tiba-tiba bunyi hantu, haaaa sudah, apa lagi beredar la, tapi tak la belari, control macho ==' haha, lalu depan bangsal, bangsal tu berbunyi, terkejut! langkah dipercepatkan. dah agak jauh sikit, aku gelak dalam hati sorang sorang, rasa lawak bila sebab kan kena kacau sikit kita dah rasa cuak, nasib baik gelak dalam hati, kalau gelak kuat-kuat, haha naya orang ingat aku dah kenapa. teruskan perjalanan, nampak tiang lampu, dah lepas 3 tiang lampu dah selamat la, tapi jalan dia jalan besar, agak la cuak sebab kalau nak menyorok pun dah tak boleh, haha. Sampai la nampak Hilux, i know that i'm safe, dalam nak ke sana tu ada juga bunyi-bunyi buat org cuak. Dah sampai Hilux kakak tu suruh list kan apa yang nampak, cakap la nampak 'Timun, Carrot... akak lupalah... ada roti juga tadi rasanya' haha nampak tak, disbbkan cuak, habis lupa semua. 

The next morning, activity yang paling BEST . what what what? JUNGLE TREKKING! hooo yehh. jungle trekking dia mak aiiii memang tahap keenam susahnya, banyak gaung, silap langkah bye bye bye bye bye bye la jawabnya. That time actually tangan kanan injured bengkak tak boleh nak angkat, ce bayangkan dengan tangan yang macam tu nya then banyak pula panjat-memanjat, memang struggle la, cikgu memang suruh turun balik tak payah ikut, well memang tak la, jungle trekking kot, one of the most amazing thing to do. tangan kiri la jadi mangsa kebergantungannya. LOL. Jungle Trekking for four hour, best sangat, sangat sangat. kalau cerita je tak ada feel, kena pergi experience sendiri. panjat batu, turun bukit, turun curam, kena gigit pacat and the list is still go on. huuu

That evening, time for obstacle. 9 halangan to pass through, boleh tahan juga bestnya. Halangan terakhir yang paling best MUD TUNNEL. merangkak dibawah tunnel (buatan) yang ada mud, semakin lama semakin rasa nak tenggelam, sampai dekat penamat, baru la nampak sinaran matahari, haha, then muka disapu dengan lumpur dan tak boleh basuh. keluar dari tempat tu, kitaorang disuruh duduk dekat tangga menghadap kolam. sampai la semua orang dah habis halangan tu baru kitaorang dibenarkan basuh muka.
main la kolam lagi.

malam pun buat activity sampai pukul 2-3 pagi. macam-macam kena marahlah, sampai yang perempuan hampir nak kena berendam pagi-pagi tu sebab apa ntah, quite sleepy that time, tanpa ketahui punca cikgu tanya siapa yang membantah, ramai la yang berdiri, agak-agak la kan pagi sangat. Last-last cikgu suruh balik tidur. Alhamdulillah.

Next morning, before majlis penutup ada main game berkumpulan. waktu balik la memang sedih. yang kurang syoknya 6 budak perempuan balik ikut PK Hem, one of them is me, tak la merasa naik lorry. Sampai sekolah, lepak sat then ibu datang ambik baju kotor, tangan kan sakit, nak memberus berus baju pun payah, thanks mom, muahhh hee :) . Sekarang dah okay, dah boleh angkat tinggi tapi bengkak tu mmg nampak la, ala anggap je muscle. haha.

for this camp the best camp la dalam banyak-banyak camp yang dah pergi. balik kepada soalan title, awesome or not?

AWESOME SANGAT. DOUBLE AWESOME

3 comments:

  1. i wan u to tell about ur scholl more..
    its quite interesting..

    ReplyDelete
  2. Really? Alhamdulillah good to know . Btw, Thanks

    ReplyDelete