Friday, July 13, 2012

Dibawah atau diatas?


Hidup kita ibarat roda, sekejap di atas, sekejap di bawah. Kita tak pernah tahu berapa lama kita di atas mahupun di bawah. Semuanya kehendak Ilahi dan ujian daripada Nya. Maksud ujian disini bukan untuk yang dibawah semata-mata malah di atas turut diberi ujian, cuma ujiannya berbeza. Contoh ujian untuk  si 'di atas' adalah kemewahan. Kemewahan boleh membuatkan dia riak, bangga, sombong dan merasakan diri dia dah cukup hebat. Hebat ke awak kalau awak tak gunakan harta ke jalan Allah? Hebat ke awak bila waktu susah dahulu awak meminta-minta pada Allah dan apabila dah senang , senang-senang je awak lupakanNya? Hebat ke?

Ujian dia yang dibawah pun cukup berat. Allah dugakan dia dengan kekurangan makanan, kehilangan harta benda.
Ada dua jenis manusia yang 'dibawah' ,
Satu, manusia yang dapat terima dengan kekurangan yang dia ada.
Kedua, manusia yang tak dapat menerima takdir Allah. Dia sering menyalahkan orang sekeliling dia dan ada juga yang menyalahkan penciptaNya. Masyallah.

Apa yang cuba saya sampaikan disini adalah darjat didunia. Tidakkah pernah kita harapkan, andai aku miskin, sederhanakanlah aku. Andai aku diberi pilihan untuk memilih menjadi kaya ataupun sederhana, izinkanlah aku memiliki kehidupan yang sederhana kerana aku tidak mampu untuk menanggung seksa jatuh dengan teruk dari kerusi yang selesa. Aku sungguh takut aku akan berpaling daripada mu, maka jika engkau berikan sesuatu kenikmatan kepada ku, aku mohon hiasikan lah diri aku dengan sikap suka merendah diri. Amin.


Monday, July 9, 2012

We are in ..?

Assalamualaikum,
It's a short entry about we are in HAHA this picture


nampak tak apa saya nampak? tak nampak? Di tenggara gambar ni. That's me and Athira! haha. masuk paper Star Metro kot. Bangganya kami. well, actually not. Yang pasti buruk dan selekehnya kita. =)

Tak bernafas tengok thousand of people. ya allah,  sesaknya. Second time joining Star Walk and ya i had a big time. Big time helped my classmate to take their goodies. Balik rumah with a gigantic box. Thanks mom to allowed me to help my friends and yeah drove me to Star Office. =D